Hawzah Fikir

Kit Pemula Ulum Hadith

$22

Penterjemah: Mohd Nawawi Bin Abdul Razak & Mohamad Hilmi Bin Marjunit

Pages: 142

Type: Paperback

Kit Pemula ‘Ulūm Ḥadīth ini merupakan kompilasi bagi tiga karya asas dan utama lagi malar segar bagi bidang ‘Ulūm Ḥadīth.

1. Karya pertama; al-Manzhūmah al-Bayqūniyyah karya ‘Umar bin Muḥammad al-Bayqūnī ditulis dalam bentuk syair sebanyak 34 bait dengan tujuan untuk memudahkan para penuntut ilmu menghafalnya. Karya ini menyatakan sebanyak 34 istilah ḥadīth berserta definisi masing-masing.

2. Karya kedua; Nukhbah al-Fikar fī Muṣṭalaḥ Ahl al-Athar karya Amīr al-Mu’minīn fī al-Ḥadīth al-Ḥāfizh Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Matan ilmu ini merupakan teks yang paling diterima para ulama kerana kandungannya ringkas dan padat mencakupi segenap aspek dalam bidang ini, justeru ia sesuai digunakan penuntut ilmu daripada setiap peringkat sama ada sebagai asas ataupun bahan ulang kaji.

3. Karya ketiga; Naṣīḥaḥ Ahl al-Ḥadīth karya al-Khaṭīb al-Baghdādī. Ia mengandungi nasihat buat para penuntut ilmu terutamanya dalam bidang ḥadīth ini sendiri. Selaku salah seorang tokoh utama dalam bidang ini, nasihat beliau pastinya kekal relevan kerana mengambil kira pengalaman dan cabaran yang ditempuhi beliau.

You may also like

Recently viewed