Akademi Jawi Malaysia

Kenangan Mawlid dalam Dekad Kemerdekaan

$15

Author: Pelbagai Pengarang

Type: Paperback

Pages: 88

Kenangan Mawlid dalam Dekad Kemerdekaan menghimpunkan 10 karangan yang menyimpulkan falsafah dan amalan Mawlid al-Nabi, yang pernah tersiar dalam Majalah Qalam yang terbit dari tahun 1951-1969, yang 228 edisi bulanannya disiarkan sepenuhnya dalam huruf Jawi. Majalah yang penuh dengan rakaman bersejarah ini digerakkan dan diusahakan oleh tokoh persuratan Melayu yang berjasa, Sayyid ‘Abdu’Llah al-Aydrus atau nama penanya Ahmad Lutfi (1911-1969). Karangan-karangan ini telah dipilih daripada siaran Majalah Qalam yang telah diterbitkan selama hampir 20 tahun dan dikarang oleh pengarang-pengarang yang masyhur pada waktu tersebut.

Perumian dan penerbitan himpunan 10 karangan ini bertujuan untuk mengimbau kenangan sambutan Mawlid al-Nabi, yang merupakan salah satu hari besar dalam kebudayaan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi sewaktu Alam Melayu ini memperoleh kemerdekaan daripada penjajah. Justeru itu, karangan-karangan dalam penerbitan ini telah disusun dengan tujuan untuk mementaskan kembali wacana yang mengandungi falsafah dan pengamalan Mawlid oleh angkatan bangsa Melayu yang terdahulu.

Karangan-karangan yang terdapat dalam buku ini telah merumuskan persoalan tentang mengapa sambutan Mawlid al-Nabi begitu besar dan berpengaruh dalam pengalaman kehidupan bangsa Melayu.

Pihak penyunting telah menyesuaikan tajuk karangan karangan berkenaan supaya tampak lebih bersepadu, namun cara gaya tulisan asalnya tidak diubah dengan dirumikan daripada tulisan asalnya dalam Jawi. Tambahan pula, penyunting juga menyertakan gambar-gambar yang bersejarah yang memaparkan suasana kemeriahan sambutan Mawlid al-Nabi yang disambut oleh kaum Muslimin di Malaya dalam era 50-an sehingga 60-an.

You may also like

Recently viewed