Wan Hussin Zoohri

Kiai Ahmad Zuhri Mutammim; Ilmiawan, Pemikir Progresif dan Sumber Inspirasi

$25

Kiai Ahmad Zuhri Mutammim; Ilmiawan, Pemikir Progresif dan Sumber Inspirasi

Author: Sundusia Rosdi & Wan Hussin Zoohri

Pages: 165

Type: Paperback

Kiai Ahmad Zuhri Mutammim merupakan seorang alim disegani yang memainkan peranan penting dalam landskap pendidikan Islam di Singapura dari 1930-an hingga 1980-an. Beliau telah dianugerahi Tokoh Ilmuwan Muis (1979), sebagai pengiktirafan negara kepada khidmat baktinya. Selepas 35 tahun, satu lagi pengiktirafan tertinggi telah diberi dengan pengisytiharan menamakan semula Madrasah Irsyad Zuhri AI Islamiah.

Alim dan Pakar Falak ini adalah antara pengasas pada tertubuhnya Madrasah Al Irsyad di Kampung Quarry, Bukit Timah (1947), Sekolah Ugama Radin Mas (SURM) (1956), dan Pergas (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura) (1957). Kemahiran ilmu pengetahuan, dedikasi juga ketegasannya sebagai ahli Majlis Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), meniadikan beliau dihormati oleh teman seperjuangannya.

Jejak dan pendekatan dakwahnya menyebar tarbiyah Islam secara berhikmah kepada setiap golongan lapisan masyarakat tidak hanya terhad ke serata pelosok tanah besar Singapura, bahkan ke beberapa pulau-pulau sekitaran. Beliau disegani sebagai penulis dan penterjeman kitab-kitab agama serta pakar rujuk berkaliber kerana sentiasa membantu memberi penerangan dan nasihat juga berkonasi ilmu dan pengalaman.

Semoga sumbangan bakti dan semangat dedikasi beliau dapat menjadi sumber inspirasi kepada asatizah kini dan akan datang.

You may also like

Recently viewed