Ta’dib International

Adab dan Peradaban: Karya Pengi‘tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas

$47

Author(s): Adi Setia Md Dom, Ahmad Bazli Shafie, Aliza Elias, Asmaa' Mohd Arshad, Awang Sariyan, Che' Razi Jusoh, Hamid Fahmy Zarkasyi, Mohammad Hannan Hassan, Mohd Affandi Hassan, Mohd Farid Mohd Shahran, Mohd Sani Badron, Mohd. Zaidi Ismail, Nik Roskiman Abdul Samad, Nurdeng Deuraseh, Roslan Abd Jelani, Syed Ali Tawfik al-Attas, Tatiana A. Denisova, Ugi Suharto, Wan Azhar Wan Ahmad, Wan Mohd Nor Wan Daud, Wan Suhaimi Wan Abdullah

 

Type: Hardback

Pages: 714

Adab dan Peradaban adalah sebuah karya pengiktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menghimpunkan sekumpulan makalah ilmiah kepada seorang tokoh ilmuwan besar yang sangat dihormati. Pemilihan tema Adab dan Peradaban sebagai judul utama karya ini adalah berdasarkan ketepatan rangkaian dua perkataan tersebut dalam merangkum Cita Ilmiah dan Intisari Pemikiran al-Attas. Di samping itu, Adab dan Peradaban ini juga adalah suatu wajah penzahiran sikap dan amalan beliau, sama ada pada keperibadiannya mahupun pada perjuangan akliah dan ilmiahnya.

Seluruh faham utama yang mencorakkan pandangan alam Islam tertumpu kepada adab. Sebagai kelakuan yang betul, adab menuntut pengawalan diri sendiri dengan pengawasan yang berasaskan ilmu dan bersumberkan hikmah. Bercerainya kesepaduan adab akan menumbuhkan para penyeleweng dan pelampau agama. Ta’dib pula sebagai lanjutan adab menandai setepatnya Pendidikan Islam. Dengan mementingkan tujuan akliah yang merangkumi pengajaran ilmu an pengasuhan, ta’dib adalah penyerapan adab ke dalam diri. Daripada penitisan adab, terzahirlah keadilan yang terpancar dari kebijaksanaan.

Justeru, peradaban mengungkapkan kehalusan tatasusila dan keluhuran kebudayaan sesuatu masyarakat insan. Keadaan halusnya budipekerti dan luhurnya akal-budi (yang merupakan perkara batin) pasti akan dipancarkan lalu zahir dalam serba-serbi kehidupan manusia.

 

Pendahuluan

1. Al-Attas: Ilmuwan Penyambung Tradisi Pembaharuan Tulen
– 
Wan Mohd Nor Wan Daud

2. Pejalanan Mencari Ma’na Dalam Pendidikan: Pengalaman Murid ISTAC 1994-1977
– 
Mohammad Hannan Hassan

3. Memperkasakan Pengajian dan Fenyelidikan Sejarah, Falsafah dan Etika Perubatan Islam di ISTAC (1994-20072): Suatu Catatan Ringkas
– 
Nurdeng Deuraseh

4. Mithāq Sebagai Landasan Agama dan Akhlak
– 
Mohd Farid Mohd Shahran

5. Pandangan Alam Islam Sebagai Kerangka Pengkajian Falsafah Islam
– 
Hamid Fahmy Zarkasyi

6. Tamadun Sebagai Kenyataan Luhur Budi dan Cerminan Halus Pekerti: Jasa al-Attas melalui ISTAC (1987-2002)
– 
Mohd Sani Badron

7. Seberapa Wajah dan FahAm Dasar Tasawuf Menurut al-Attas Berdasarkan Karyanya The Positive Aspects of Tasawwuf
– 
Wan Suhaimi Wan Abdullah

8. Konsep Ta’dib: Teras Falsafah Pendidikan Islam
– 
Asmaa Mohd Arshad

9. Tragedi Sebagai Salah Satu Watak Kebudayaan Barat
– 
Che’ Razi Jusoh

10. Hak-hak Asasi Manusia: Kajian Perbandingan Awal antara Konsep Sekular Barat dan Faham Islam
– 
Wan Azhar Wan Ahmad

11. Modenisme dan Neo-Modenisme: Rekonstruksi atau Dekonstruksi Agama
– 
Ahmad Bazli Shafie

12. Caharan-cabaran Pendidikan Tinggi
– 
Syed Ali Tawfik al-Attas

13. Siapakah Pencetus Idea Universiti Islam?
– 
Nik Roskiman Abdul Samad

14. Rencana Penyelidikan Sains Islam: Ke Arah Mengamalaksanakan Gagasan Pengislaman Sains Menurut Kerangka Faham Syed Muhammad Naquib Al-Attas
– 
Adi Setia Md Dom

15. Kritikan Awal Terhadap Beberapa Faham Pengurusan Barat
– 
Roslan Abd Jelani

16. Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar
– 
Mohd Zaidi Ismail

17. Persoalan Epistemologi dalam Disiplin Linguistik dan Relevansinya dengan Linguistik Melayu
– 
Awang Sariyan

18. Keindahan Bahasa Berasaskan Konsep Ihsan
– 
Mohd. Affandi Hassan

19. Kecenderungan “Paksi India”: Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam di Alam Melayu
– 
Aliza Elias

20. Islam dan Mitos Mengenai Asal-Usul Raja-Raja Melayu
– 
Tatiana Denisova

21. Ilmu Ekonomi Islam Sebagai Persepaduan Ilmu Ekonomi dan Ilmu-ilmu Agama Islam: Satu Pengamatan Ringkas
– 
Ugi Suharto

Biodata Ringkas
Indeks

 

You may also like

Recently viewed