IBDE

Jilid 2 Kitab Asas Akidah - Ihya Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama)

$30

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Penterjemah: Mohamad Hilmi Marjunit, Zahid M. Naser

Halaman: 183

Edisi: Hardback

 

JILID 2: KITAB ASAS AKIDAH
Kitab Asas Akidah daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn ini merupakan karya yang ringkas dan padat dalam menerangkan iktikad penting yang wajib diyakini umat Islam. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazālī turut menjelaskan beberapa tingkatan akidah berdasarkan tahap pemahaman umat dan kaedah pengajarannya agar dapat dicerap dan terpasak kukuh di dada setiap Muslim.


TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Ihya Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) ini diterbitkan dalam 20 jilid

You may also like

Recently viewed