IBDE

Jilid 4 - Kitab Hikmah Zakat, Puasa dan Haji - Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama)

$30

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Halaman: 597

Edisi: Hardback

 

KITAB ASAS IBADAH

Ibadah biasa dikaitkan dengan perkara-perkara zahir seperti rukun, syarat wajib, syarat sah dan lain-lain, namun ibadah batin yang terkait dengan hati sering dilalaikan. Dalam Kitab Hikmah Zakat, Puasa dan Haji ini, Imam al-Ghazālī memperincikan secara tuntas amalan-amalan hati yang perlu dilakukan ketika melaksanakan tiga rukun Islam tersebut. Petua dalam kitab ini juga bukan sahaja dapat menjadi panduan beribadah bahkan menjadi pedoman untuk mencapai keikhlasan sempurna.

BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI

Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah  ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.

TENTANG KITAB IHYA ULUMUDDIN (BAHASA MELAYU)

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn adalah mahakarya Imām al-Ghazālī. Ia mengandungi 40 buah kitab yang dikumpulkan dalam empat bahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Dengan memberikan tumpuan kepada unsur kerohanian, Al-Imam mengarang Ihya’ ketika berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad

You may also like

Recently viewed