IBDE

Jilid 5 Kitab Adab Membaca Al-Quran, Zikir & Wirid Harian - Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama)

$30

Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī

Halaman: 352

Edisi: Hardback

 

 Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn menjelaskan kedudukan al-Quran dan zikir selaku ibadah lisan serta adab-adab mengerjakannya. Wirid harian yang dimaksudkan dalam Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn pula merujuk kepada jadual ibadah harian yang meliputi ibadah mana-mana anggota badan termasuklah lisan. Memandangkan keadaan dan kelapangan masa setiap individu berbeza-beza, maka Imam al-Ghazālī membahagikan manusia yang ingin menelusuri jalan akhirat kepada enam golongan utama agar semua orang berpeluang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan pelbagai cara.Blurb kekal

BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI

Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah  ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.

TENTANG KITAB IHYA ULUMUDDIN (BAHASA MELAYU)

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn adalah mahakarya Imām al-Ghazālī. Ia mengandungi 40 buah kitab yang dikumpulkan dalam empat bahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Dengan memberikan tumpuan kepada unsur kerohanian, Al-Imam mengarang Ihya’ ketika berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad

You may also like

Recently viewed