
IBDE
Jilid 6 - Kitab Adab Makan, Perkahwinan dan Mencari Rezeki - Ihya' Ulumuddin
Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Halaman: 328
Edisi: Hardback
Kitab Adab Makan, Perkahwinan dan Mencari Rezeki membahaskan perihal adab dan hukum-hakam fekah berkaitan makanan, hubungan rumah tangga serta muamalat seharian. Suku Adat daripada Ihyā' Ulūm ad-Dīn ini dimulakan oleh Imam al-Ghazālī dengan tiga kitab tersebut kerana inilah bentuk perhubungan paling asas yang dialami setiap orang pada setiap hari sepanjang hayatnya.
BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI
Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.
TENTANG KITAB IHYA ULUMUDDIN (BAHASA MELAYU)
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn adalah mahakarya Imām al-Ghazālī. Ia mengandungi 40 buah kitab yang dikumpulkan dalam empat bahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Dengan memberikan tumpuan kepada unsur kerohanian, Al-Imam mengarang Ihya’ ketika berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad