Khazanah Fathaniyah

Muqaddimatul Haiah Pada Menyatakan Pendahuluan Bagi Ilmu Haiah

$16

Author: Haji Awan Din

Type: Paperback

Pages: 74

Dalam koleksi kitab Falak. Jelas pada judulnya, Pendahuluan Bagi Ilmu Hai’ah. Risalah ini pernah diulas oleh almarhum Ustaz Zaidi Abdullah rahimahullah, sebagai respon ulama Melayu iaitu Haji Awan Din dalam aspek etnosains dan tanda berlakunya anjakan fokus ulama Melayu di Makkah dalam bidang astronomi. Ustaz Zaidi juga meriwayatkan dari gurunya bahawa pengarang risalah ini adalah kawan Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah yang sama-sama berguru dengan Syeikh Muhammad Daud Sulaiman al-Kalantani. Semoga Allah merahmati kesemua mereka terdahulu, amin. Sedikit pengenalan akan kandungan, di pendahuluan pengarang menyatakan kehendaknya menulis risalah ini adalah kerana berlakunya kesamaran dalam kalangan penuntut Islam akan ilmu hai’ah dengan menyangka ia berlawanan dalam agama. Haji Awan Din menyusun bermula dari sejarah ilmu hai’ah dari kaum terdahulu, menyebut nama-nama pelopor atau ahli falsafah yang membawa kepada perkembangan mazhab atau aliran dalam ilmu ini melalui perbahasan akan gerak atau diam bumi, kejadian siang dan malam, serta pembuatan alat perkakas.

Selanjutnya pengarang membicarakan peranan ilmuwan Islam memindahkan, menghalusi dan mentahqiq ilmu hai’ah ini ke dalam karya mereka. Di penghujung risalah atau bahagian Muhimmah, menyentuh keterangan “memberi bekas” menurut mazhab aqidah. Risalah ini siap ditulis pada malam Rabu 14 Jumadil Tsani 1389H.

Kandungan kitab ini adalah:

  • Keterangan langit
  • Keterangan bagi kedudukan matahari dan bumi, bulan dan bintang
  • Keterangan jarak jauh dan dekat bagi segala bintang yang tujuh
  • Keterangan bumi dan kedudukannya
  • Keterangan memusing bagi bumi dan dalilnya - Keterangan bahawasanya bumi beredar mengeliling akan matahari 
  • Keterangan jirim Bumi 
  • Keterangan jirim Bulan 
  • Keterangan bintang: Zuhrah dan ‘Atharid, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
  • Keterangan matahari 
  • Keterangan bintang-bintang yang tetap dan bintang yang berekor

You may also like

Recently viewed