ITBM & IIUM Press

Kitab Hadis Arbain Fadani Karya Ulama Nusantara Di Tanah Suci

$33

Author: Jannatul Husna Ali Nuar & Gamal Abdul Nasir Zakaria

Pages: 315

Type: Paperback

Syeikh Fadani dikenali kerana kehebatan ilmunya dalam bidang sanad. Ulama pada zamannya dan muridnya yang ramai di Timur Tengah, India, Pakistan dan Nusantara, menggelar beliau Musnid al-Dunya yang bermaksud Pakar Sanad Dunia. Dalam 110 karya yang dihasilkan oleh Syeikh Fadani, 70 daripadanya adalah tentang sanad keilmuan, sama ada sanad dalam bidang hadis mahupun sanad dalam bidang akidah-tauhid, fikah-usul al-fiqh, akhlak-tasawuf, al-Quran dan ilmu tafsir, bahasa, faraid, ilmu falak dan falsafah.

Syeikh Fadani dikenali dalam periwayatan hadis musalsal, sebuah model periwayatan yang unik dalam tradisi hadis yang tidak digunakan oleh kebanyakan ulama Nusantara. Kitab Hadis Arbain Fadani Karya Ulama Nusantara Di Tanah Suci ini mengetengahkan sumbangan beliau sebagai ulama besar Nusantara di Tanah Suci pada abad ke-20. Buku ini memperkenalkan ketokohannya dalam bidang hadis dan disiplin lain melalui karya-karya beliau. Karya penting beliau Al-Arba'un al-Buldaniyya yang memuat 40 hadis pilihan dengan segala keistimewaan dan keunikannya dibanding dengan buku hadis arba'in yang lain turut dikupas dalam buku ini. 

You may also like

Recently viewed