Penerbit USM

Hang Tuah di Lautan Ceritera

$19

Author: Muhammad Haji Salleh

Type: Paperback

Pages: 158

Dalam sastera Melayu, tiada sebuah hikayat pun yang cuba atau berjaya melukis jiwa bangsa Melayu secara menyeluruh seperti Hikayat Hang Tuah. Jiwa ini terbelah, terseksa dan dirundung perbalahan yang tidak pernah selesai. Nilai-nilai dipertentangkan - di antara kesetiaan tanpa soalan dan perlawanan yang ingin menyatakan bantahan terhadap raja yang zalim.

Hang Tuah dan Hang Jebat terus hidup juga dalam hayat lisannya. Di sini, Hang Tuah hidup lebih lama, lebih dramatik dan lebih liar - dalam imaginasi pembaca Melayu. Dan sering pula cerita ini hidup dalam khayalan yang berada jauh daripada maklumat dalam hikayat asalnya. Tetapi, itulah Hang Tuah lisan, yang juga melukis kewujudan, lakonan dan imaginasi bangsa-bangsa di sekitar dunia Melayu.

Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh membawa kita ke beberapa lokasi termasuk Sungai Duyung dan Sungai Nuyung di Bentan, Melaka dan Palembang dalam suatu perjalanan panjang sastera dan wira Melayu. Beliau baru sahaja selesai mentranskripsikan manuskrip Hikayat Hang Tuah yang tertua (di Leiden) dan juga telah menterjemah Hikayat ini ke dalam bahasa Inggeris. Sementara itu, beliau juga sedang menulis sebuah siri tentang watak ini.

You may also like

Recently viewed