DBP

Hikayat Asal Mulanya Wayang

$18

Author: Khalid M. Hussain

Pages: 248

Type: paperback

Hikayat Asal Mulanya Wayang mengisahkan para leluhur Pandawa dan Korawa daripada Gelaran Pandu Turunan Pandawa, iaitu khususnya Pandawa. Pelengkap ceritanya terdapat pada Hikayat Pandawa Lima. Hikayat Purasara diselitkan sebagai selingan mengenai cinta segi tiga antara Purasara, Dewi Lara Anis dan Santanu. Para penyelidik mengakui bahawa cerita wayang Jawa yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan wayang daripada Jawa itu disambut dengan baik di Tanah Melayu merupakan bahagian yang sangat digemari dalam khazanah sastera Melayu kerana salah satu sebabnya ialah syariat Islam telah disulami oleh scribe itu sendiri, Muhammad Bakir dari Betawi dalam karyanya.

Cerita wayang Jawa yang menjadi sumber bahan cerita berbentuk hikayat dalam bahasa Melayu ini disadur daripada versi milik Jawa asli dengan penuh keperibadian dan identiti Jawa. Cerita wayang tidak lagi mengandungi anasir luar kerana cerita dan kejadiannya berlaku di Pulau Jawa, Indonesia. Malahan, cerita mengenai pahlawan Islam, iaitu Amir Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW telah dijadikan sebagai salah satu tokoh lakon wayang. Wira Islam tersebut disanjung untuk menggambarkan perjuangan abadi manusia melawan kebatilan dan menegakkan kebenaran, dilandaskan oleh keyakinan bahawa kebenaran akan selalu menang akhirnya (terdapat dalam Wayang Menak, Wayang Kulit Menak, dan Wayang Golek Menak).

You may also like

Recently viewed