Penerbit USM

Hikayat Seribu Satu Malam

$28

Author: Hasri Hasan

Pages: 505

Type:  Paperback

Kisah-kisah dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini dikumpul selama berabad-abad lamanya, sama ada melalui penulisan manuskrip ataupun secara lisan oleh pelbagai penulis, penterjemah dan ahli akademik dari Barat, Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika Utara. Ada pengkisahan di dalamnya yang memang berasal daripada manuskrip purba dan langka daripada kesusasteraan dan cerita-cerita rakyat Arab, Mesir, India, Parsi dan Mesopotamia. Namun kebanyakannya merupakan cerita dari era Abbasiyah dan Mamluk. Ada juga cerita berbingkai daripada Hezār Afsān dalam bahasa Parsi atau ‘cerita seribu kisah’ yang juga dipengaruhi oleh kisah-kisah dari India.

Satu persamaan ketara dalam semua edisi adalah cerita berbingkai yang asalnya bermula dengan Sultan Shahrir (pemerintah kerajaan Sasaniah) dan isterinya Shahrazad, yang diceritakan secara berlarutan sepanjang hikayat itu sendiri. Ada cerita yang berkaitan dan berbingkai antara satu sama lain, dan ada juga cerita yang berdiri sendiri.

You may also like

Recently viewed