Pustaka Nasional Singapura
Siri Pengembaraan Zac Rushd Cincin Bimaksati
Author: Hassan Ali
Pages: 200
Type: Paperback
"Namaku Zackariah Rushdin, nama pendek Zac Rushd. Hendak pendek lagi, panggil sahaja Zac.
Pada 2019, duniaku bergegar apabila aku mendapat tahu wujudnya alam Di Antara di sisi Singapura. Maharani Fae telah berazam untuk memecahkan sempadan di antara alamnya dan alam realitiku. Aku juga diberitahu aku keturunan pahlawan yang menggalas tugas mempertahankan Singapura daripada pelanggaran Maharani Fae.
Beberapa hari lalu, kemunculan seorang pahlawan misteri di Jurong memulakan peristiwa-peristiwa aneh. Aku mengejar waktu mencari cincin bimasakti yang memudahkan Maharani Fae menyerang tanah airku. Aku mesti tumpaskan Juin Da si Nekromanser yang menggerunkan. Aku mesti berdepan dengan kegagalan dan kesakitan demi mencapai kemenangan. Aku juga harus menghabiskan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu.
Bolehkah aku lakukan ini semua pada masa yang sama?"
