Akademi Jawi Malaysia

Kitab Adab Perempuan

$22

Author: 

Aḥmad Yaʻqūb al-Johori

Type: Paperback

Pages: 280

Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori  bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Ini sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan:  yaʻnī pendidikan anak-anak.

Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci. 

Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci.

Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

You may also like

Recently viewed