Penerbit UKM

Konsep Al-Lataif Menurut Imam Fakhr Al-Din Al-Razi dalam Mafatih Al-Ghaib

$15

Author: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi

Type: Paperback 

Pages: 152


Imam Fakhr al-Din al-Räzi (w 606 H) merupakan tokoh cendiakawan Islam 
yang tersohor. Karya beliau yang terbesar ditulis pada penghujung hayatnya adalah al-Tafsir al-Kabir. Tafsir ini telah mendapat pujian dan kritikan daripada para pengkaji dalam pelbagai konteks dan lapangan bidang kajian. Namun, penulis telah berjaya menyelongkar satu lagi permata berharga daripada karya yang juga dikenali sebagai Mafatih al-Ghayb ini, iaitu berkenaan dengan perbahasan mengenai Lata 'if Quräniyah. Perbahasan ini amat penting supaya bidang Pengajian al-Quran sentiasa lestari dan proses tadabbur menjadi semakin efisyen. Hasil kajian tesis peringkat Doktor Falsafah ini mendapati bahawa Imam al-Räzi adalah mufassir pertama yang memberikan pedoman awal kepada kita dalam proses tadabbur al-Quran berdasarkan kepada al-Lata'if, sehingga beliau dinobatkan oleh penulis sebagai Pengasas ilmu Lata 'if Quräniyah. Beliau didapati mengikat al-Lata'if in dengan ilmu fardu ain (akidah, tasawuf, fikah) dan segala topik di bawah lembayung *Ulum al-Qurän secara komprehensif. Wacana al-Lata 'if juga memberikan jawapan bahawa dalam tafsir ini mencakupi segala bidang keilmuan, dengan ilmu tafsir menjadi tunjangan. Tanpa terikat dengan uslub yang tertentu, Imam al-Razi memberi bayangan bahawa proses tadabbur al-Quran adalah ibarat burung yang bebas berterbangan namun tetap mengetahui sarang tempat untuknya kembali, dengan menjadikan ilmu al-Bayan dan al-Munäsabät sebagai sayap utamanya.

Kemuncaknya, nyatalah al-Rahmän dalam kehidupan insan.

You may also like

Recently viewed