DBP

Pedoman Umum Ejaan Jawi

$16

Author: DBP

Pages: 122

Type: Paperback

Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan merupakan pedoman terkini tentang sistem Ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan yang berikut: (i) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, (ii) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan (iii) Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. Buku ini diperakui mengandungi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar rujuk tulisan Jawi dan lengkap dengan kaedah umum ejaan Jawi yang bukan sahaja besar jumlahnya tetapi juga beragam bentuk ejaannya. Garis panduan tersebut dapat memperbaik dan memperlengkap kaedah ejaan Jawi yang sedia ada.

Isimewanya, kandungan buku ini lebih lengkap dan terkini berbanding dengan terbitan lain yang telah lama daripada segi kandungan, pedoman dan kosa katanya. Kaedah dan panduan yang terkandung dalam buku ini juga berdasarkan hasil perbincangan dalam beberapa siri perbengkelan bersama-sama dengan pakar rujuk tulisan Jawi. Selain itu, segala maklum balas, pandangan, teguran dan cadangan daripada pengguna tulisan Jawi juga diambil kira dalam penyediaan buku ini.

You may also like

Recently viewed