Rihla Media

Pemikiran Keadilan Raja Ali Haji

$22

Pengarang: Ai Wardah Mardiah

Muka surat: xxvii + 167

Karya ini adalah satu usaha ke arah memperkenalkan semula konsep keadilan dan pengamalannya di Alam Melayu, khususnya di kerajaan Riau-Lingga abad ke-19, dengan merujuk kepada tokoh yang tidak diragukan lagi kewibawaannya pada zamannya hingga kini, Raja 'Ali Haji (1809-1873M). Beliau merupakan seorang sarjana dan ulama profilik Melayu. Karya-karyanya meliputi bidang ilmu yang pelbagai, seperti: Silsilah Melayu dan Bugis, Tuhfat al-Nafis, Bustan al-Katibin, Kitab Pengetahuan Bahasa, Syair Abdul Muluk, Syair Siti Sianah, Syair Hukum Nikah, Syair Gemala Mustika Alam, Gurindam Dua Belas, Thammarat al-Muhimmah Difayat li al-'Umara wa al-Kubara' dan Muqaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Malik. Ketiga karya terakhir inilah yang menjadi rujukan utama dalam penyelidikan dan penulisan karya ini. 

You may also like

Recently viewed