Hawzah Fikir

Risalah Buat Penuntut Ilmu

$14

Author: Syed Abdul Majid Ghouri

Penterjemah: Marwan Bukhari A. Hamid & Mohd

Pages: 223

Type: Paperback

Antara tuntutan syarak terhadap seorang Muslim ialah berperilaku elok, berakhlak mulia dan menjadi tauladan yang baik. Bahkan kesemua ini merupakan identiti seorang Muslim.

Manakala ilmu pula pada hakikatnya hanya tercapai buat orang yang menepati adab-adabnya dan menghindari celaannya. Oleh itu, kita dapati generasi Salaf terdahulu sangat menitikberatkan urusan adab dan akhlak. Mereka menjadikannya suatu perbahasan yang khusus termasuklah dalam bentuk penulisan agar usaha menuntut ilmu ini didahulukan dengan usaha untuk berakhlak dengan adab yang baik-baik. Malah ada kata-kata hikmah menyatakan bahawa, "Ilmu tanpa adab ibarat api tanpa kayunya (bahan bakar), sedangkan adab tanpa ilmu pula ibarat roh tanpa jasad."

Sehubungan itu, penuntut ilmu, khususnya ilmu syariah, mestilah menghias dirinya dengan adab yang baik dan akhlak yang mulia agar sempurna keperibadiannya, seimbang kehidupannya dan suci jiwanya.

Demikianlah peranan buku ini dalam memperincikan beberapa adab yang penting buat para penuntut ilmu agar mereka dapat melaksanakannya tatkala menuntut ilmu. Selain itu, buku ini turut memuatkan sebilangan nasihat dan motivasi yang tepat lagi berkualiti disokong oleh ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Rasulullah SAW dan rampai kata generasi Salaf.

You may also like

Recently viewed