Akademi Jawi Malaysia

Tradisi Keilmuan Bahasa Jawi

$30

Author: Muhammad Syukri Rosli & Ahnaf Wafi Alias

Pages: 311

Type: Paperback

Apakah kedudukan Jawi dalam pensejarahan dunia yang lebih besar? Bagaimanakah ia berkait dengan pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku hingga membentuk dan mempengaruhi kehidupan kita sekarang? Kenapakah didapati bahawa terdapat keseragaman dan keselarasan dalam persuratan Jawi baik di mana-mana tempat dan zaman di 'Alam Melayu? Apakah ilmu yang mentadbir keseragaman dan keselarasan ini? Kenapakah Jawi dianggap penting oleh bangsa Melayu?

Buku ini cuba mengupas perbicaraan sejarah tradisi ke'ilmuan Bahasa Jawi, ya'ni bukan seqadar tulisan, tetapi meneroka haqiqat sebenarnya yang lebih luas - iaitulah sebagai sebuah bidang 'ilmu, pusaka persuratan para ahli 'ilmu dan juga penyata ma'na diri dan budaya bangsa Melayu.

Istimewanya buku ini menumpukan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah perkembangan tradisi ke'ilmuan Bahasa Jawi, bersumberkan sumber sejarah primer dan dipersembahkan dengan tafsiran baharu berteraskan pandangan 'alam Islam.

You may also like

Recently viewed