Tentang Kita

Memaafkan Tidak Semestinya Melupakan

$20

Author: Syakir Azhari

Pages

Type: Softcover

Adakalanya, kita menyangka bahawa kita sudah benar-benar memaafkan. Kita mengucapkan lafaz “aku maafkan” kerana menyangka itu adalah perkara yang paling betul kita laksanakan.

Kita cuba untuk percaya bahawa kita telah melepaskan semua rasa.

Namun jika kita duduk sebentar dan menjadi jujur dengan sendiri, kita akan mula nampak ada sebilangan maaf tidak datang dari hati yang benar-benar sembuh, tetapi dari hati yang sudah terlalu penat.

Dan di dalam buku ini, kita akan bersama-sama mendalami apa erti maaf yang sebenarnya, dan apakah kita harus melupakan barulah ia dinamakan memaafkan.

You may also like

Recently viewed