Iman Publication

Mendewasa Dengan Luka: Bagaimana Masa Lalu Memberi Kesan Kepada Emosi Diri

$14

Author: Aiman Amri

Type: Paperback

Pages: 254

“Aku okey lagi ni. Ada orang lagi teruk. At least, aku masih hidup.”

***
Sama ada mahu akui ataupun tidak, kita semua pernah terluka dan tercedera emosi. Ada yang berlaku semasa kita masih kecil, dan mungkin keadaan telah memaksa kita untuk memendam apa yang dirasa.

Namun hakikatnya luka itu sentiasa ada. Ia menjadi beban emosi apabila kita masuk ke alam dewasa.

Jadi bagaimanakah kita boleh move on dengan luka masa lalu yang menghantui sehingga hari ini? Adakah kita perlu berpatah balik masa untuk memperbetul segalanya? Atau cukupkah kita hanya perlu berdamai saja?

Melalui buku ini, Aiman Amri mengajak kita untuk berdepan dengan luka dan kesakitan lalu dengan cara penuh empati, agar kita mampu berdamai dan memaafkan diri.

Kenali apa kecederaan emosi yang pernah dialami dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kehidupan kita dalam alam dewasa.

***

“Orang yang takkan sesekali tinggalkan kita walau seteruk mana pun kesilapan yang kita lakukan dan akan terus bersama kita, ialah diri kita sendiri.”

You may also like

Recently viewed