DBP

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Naskhah Melayu Patani

$16.50

Author: Hamdan Abd Rahman

Type: Paperback

Pages: 314


Buku ini memfokuskan sejarah Patani, tokoh ulama Patani serta kajian tentang penggunaan bahasa Melayu dalam karya mereka. Terdapat lima buah naskhah yang diteliti, iaitu Tarikh Fathani, karya Syeikh Faqih Ali bin Muhammad, Ghayatu 'l-Maram fi Kayfiyyati Ada'i 'l-Hajji wa 'l-'Islam, karya Syeikh Daud bin Abdullah, Al-Kawkab al-Durriyyfi al-Nuri al-Muhammadiyy, karya Syeikh Muhammad bin Ismail, Hada'iqu 'L-Salawati Fi 'L-Khalawati wa 'L-Jalawat, karya Haji Muhammad Husain bin Abdul latif, dan Al-Fatawa al-Fataniyyah Jilid 1, karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Patani pernah menjadi pusat perdagangan serta pusat penyebaran agama Islam yang melahirkan tokoh ulama terkemuka di alam Melayu. Walaupun mendapat pendidikan di Tanah Arab, mereka masih dapat menerbitkan karya yang baik dalam bahasa Melayu untuk menyebarkan dakwah di alam Melayu. Buku ini amat bermanfaat kepada para pelajar bahasa dan linguistik di institusi pengajian tinggi, penyelidik, bahasawan serta para peminat bahasa dan persuratan Melayu. 

You may also like

Recently viewed