Tentang Kita
Perempuan Dan Sejuta Ekspektasi
Author: Bunga Fina
Pages:
Type: Softcover
Tetaplah bermanifestasi walau terkadang dibunuh kejam oleh ekspektasi. Setidaknya kau sedang mencuba dan graf kehidupan kau tidak hanya menyentuh garis lurus
“stagnant”.
Kau tidak perlu bermuram durja sepurnama; cukup hanya menawarkan senyuman walau
ketika dunia sedang tidak baik-baik sahaja.
Atau mungkin menakung sejenak air mata yang tidak tertahan kerana kita sedang
bertempur mengharungi hidup yang kadang tidak ramah ini.
Atau mungkin juga kau boleh berteman dengan sepi dan berkawan dengan alam untuk sesi
rehat dan rawat diri dari berkunjung ke rumah kesedihan yang kian beratap di sebuah
danau kecil yang berbentuk hati.
Dan pada akhirnya; air mata adalah bukti di mana kau bertahan begitu kuat untuk
menvalidasi perasaan sebagai manusia dan bukannya robot semata.
Dan pastinya perihal malam adalah waktu yang paling jujur serta bantal menjadi saksi air
