Tentang Kita

Yang Kita Perlu Hanya Sedikit Waktu

$18

Author: Dr.Azrul Azlan & Fynn Jamal

Pages

Type: Softcover

Di antara kerumitan emosi dan fikiran, serasa air mata ingin mengalir. Namun sebelum pecahnya tangisan, ada yang datang meminta agar saya menahan air mata; “Sudahlah, jangan menangis. Kamu perlu kuat dan sabar.” Fikiran saya pada ketika itu
masih belum dapat mencerna kenyataan. Ingin dilepaskan tangisan itu, namun dinasihati agar jangan menangis. Walhal, Nabi Muhammad SAW juga menangis kerana tangisan itu datang dari rahmat Tuhan. Ketika kematian anak Nabi Muhammad SAW,
Ibrahim, baginda bersedih dan menangis apabila anak yang bakal menjadi legasinya pergi meninggalkannya terlebih dahulu.

Kesedihan dan tangisan adalah respon manusiawi yang berada di luar kawalan kita. Bersedih bukan petanda kurangnya iman. Bukan juga petanda kelemahan jiwa seseorang. Begitu juga menahan kesedihan dan tangisan bukanlah petanda kekuatan jiwa.

You may also like

Recently viewed