Nuha Books

Imam

$26

Author: Abdullah Hussain

Type: Paperback

Pages: 581

Imam merupakan sebuah novel yang telah ditulis oleh Sasterawan Negara yang ke-8, Abdullah Hussain. Ia merupakan satu novel yang padat tentang isu-isu seperti pokok agama dan amalannya, pemikiran masyarakat Melayu Muslim pada tika itu, arah tuju sesebuah komuniti dan sebagainya. 

Novel Imam mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. 

"Perbezaan mazhab itu ada rahmat Allah di sebaliknya. Imam yang empat telah menolong kita umat Islam sesudahnya dalam berbagai-bagai masalah fiqah. Iktiqad kita tetap sama. Perbezaan yang ada itu hanya perkara-perkara yang kecil. Mengapa kita mesti perluaskan jurangnya dengan mendakwa mazhab kita saja yang benar, yang lain itu salah. Padahal imam-imam itu sendiri seperti Imam Syafi'i misalnya berpesan agar orang sesudahnya tidak selalu bertaqlid saja kepada hadis atau riwayat yang pernah dikutipnya. Yang mula-mula sekali ditanya di akhirat ialah solat bukan mazhab."

You may also like

Recently viewed