DBP

Laut Takjub

$11

Author: Kemala

Pages: 284

Type: Paperback

Melalui 25 buah cerpen yang dimuatkan dalam buku Laut Takjub ini, pengarang membawa pendekatan Islam dalam kebanyakannya cerpennya, selain mengangkat pelbagai persoalan dan permasalaan hidup dalam lingkungan hidup masyarakat masa kini. Pemaparan nilai-nilai Islam yang menjadi asas kepada hubungan dan budaya masyarakat Melayu memberi kesan yang baik dalam penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, seterusnya menyumbang kepada pemikiran dan nilai ketamadunan yang seharusnya dimiliki oleh masyarakat Melayu dalam menghadapi suasana globalisasi sekarang ini.


Penggunaan laras bahasa yang puitis memberikan kesan estetika yang kuat. Teknik, sudut pandangan, watak dan perwatakan serta latar saling memperkukuhkan antara satu sama lain hingga mewujudkan kesatuan cerita yang berkesan kepada pembaca. Elemen dalam cerpen-cerpen yang dikemukakan merupakan rakaman kreatif persekitaran Kemala yang sekali gus memancarkan citra dan cita-cita beliau. Sesungguhnya kumpulan cerpen ini dapat memberikan pengalaman intelektual dan pengalaman seni yang amat bernilai kepada pembaca, serta dapat dijadikan panduan dan rujukan pembaca dalam menongkah arus kehidupan pada zaman yang mencabar ini.

You may also like

Recently viewed