
DBP
Lingkaran
Author: Arena Wati
Pages: 339
Type: Paperback
Lingkaran yang sebelumnya berjudul Tumbangnya Pokok Tak Berlangit memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan mengarang novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1962. Lingkaran merupakan antara karya terbaik Arena Wati membicarakan pelbagai persoalan dan dilema yang dihadapi oleh negara Malaysia yang baru merdeka dan sedang memasuki era pembangunan. Masalah-masalah yang dihadapi oleh Malaysia yang sifatnya sebuah negara berbilang kaum, budaya, agama dan perbezaan taraf hidup digambarkan dengan terperinci oleh Arena Wati. Di samping soal interaksi dan hubungan antara kaum, Arena Wati juga menyorot isu-isu pembangunan negara terutama masalah orang Melayu dan masalah-masalah dalaman yang menggencatkan proses pembangunan negara.
Watak-watak utama dan sampingan novel ini seperti Franken, Hess, Foo Seng Kow, Arumugam, Tahir, Ramli, Munah, Zaleha dan seumpamanya berinteraksi antara satu sama lain memperdebatkan masalah-masalah kehidupan, kebajikan dan kepentingan masing-masing.
Lingkaran antara novel Arena Wati selain Sandera, Bunga dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak yang mendapat perhatian dan kritikan hangat daripada pengkritik dan sarjana dalam dan luar negeri termasuk A. Teeuw.