DBP

Mahabbah

$11

Author: Shahnon Ahmad

Pages: 215

Type: Paperback

 

Membaca Mahabbah, novel Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, amat terkesan apabila novel ini memberi kelainan daripada novel-novelnya yang terdahulu dan daripada novel-novel yang dihasilkan oleh novelis yang lain. Novel ini tidak sahaja memaparkan cerita, malah mengejutkan pembaca dengan beberapa kelainan sehingga sebahagian ciri penting yang mengindentifikasikan dan memantapkan sesebuah novel telah dianggap tidak penting lagi dan dirombak dalam Mahabbah.

Kelainan persembahan Mahabbah mempunyai hubungan yang erat dengan pemusatan cerita tertumpu pada perjalanan minda ikon Endar sahaja. Ikon lelaki tua yang mengalami serangan penyakit Myasthenia Gravis sehingga melumpuhkan anggota badannya dan terlantar di perbaringan hanya berupaya menggerakkan mindanya, dua persoalan yang utama: Bangsanya yang berpecah dan bertelagah serta dirinya yang telah bersedia untuk meninggalkan alam fana dan berpindah ke alam barzakh.

You may also like

Recently viewed