Unggun Creative

Membina Istana Di Angkasa

$16

Author: Noridah Kamari

Pages: 174

Type: Paperback

Betapa beruntungnya pelajar baharu di Maktab Rendah Angkasa, Zilla, yang mempunyai keluarga yang kaya-raya. Abangnya, Adi, juga dikagumi kawan-kawannya kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di dunia.

Zilla ghairah menceritakan tentang rumahnya yang mahal, bapanya yang bakal membeli sebuah pasukan bola sepak di Sepanyol dan abangnya yang belajar di luar negara. Namun, di sebalik tawa riangnya, Zilla sebenarnya menyimpan rahsia hitam. Dirinya, abangnya, ibu bapanya dan hidupnya tidaklah seindah yang digambarkan.

Apabila rahsia sebenar hidupnya dibongkar, adakah kawan-kawan baiknya, Azlina dan Laila, masih mahu bersahabat dengannya? Adakah istana yang Zilla bina di awang-awangan akan jatuh hancur berderai?

Ayuh, ikuti kisah hidup Zilla dalam novel ini!

You may also like

Recently viewed