
DBP
Pertemuan Abadi
Author: Abdullah Hussain
Type: Paperback
Pages: 283
Koleksi Terpilih Abdullah Hussain memuatkan karya-karya pilihan dalam pelbagai genre: novel, cerpen, biografi, drama televisyen, drama pentas, filem, puisi dan esei sastera. Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain yang lahir pada tahun 1920 mula menulis sejak tahun 1939 apabila sebuah cerita lucunya dimuatkan dalam majalah Tanah Melayu. Sejak itu beliau tidak pernah berhenti menulis dan ternyata beliau ialah seorang penulis yang serba boleh atau versatil. Antara bukunya yang telah dihasilkan ialah Berenang di Lautan Madu, Buih di Atas Air (novel), Lorong Midaq (terjemahan), Cahaya Langit (kumpulan cerpen), Sebuah Perjalanan (autobiografi), dan Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei(umum).
Dalam penulisan kreatif terutama novel dan cerpen, Abdullah Hussain gemar menggunakan gaya kewartawanan baharu dengan menggarap nama tempat, nama watak, lokasi sebenar untuk cerita-ceritanya di samping pengalaman peribadi yang digabungjalinkan secara kreatif dan imaginatif. Beliau mengkritik secara halus dan tajam tentang isu-isu kemanusiaan di seluruh dunia melalui karya-karyanya dengan membawakan teknik penulisan yang biasa dan sederhana, tetapi dapat memperlihatkan keaslian dan kejatian diri.