Khazanah Fathaniyah

Ensiklopedia Naskhah Klasik

$32

Author: Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah

Pages: 366

Type: Hardback

“Sejarah penubuhan KHAZANAH FATHANIYAH telah bermula sejak tahun 1970 lagi, namun secara rasminya adalah pada tahun 1995, oleh pengasasnya almarhum Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah. Tujuan penubuhannya adalah untuk menerbit semula serta menyebarluaskan kitab-kitab ulama’ Melayu silam bagi mengekalkan pemerliharaan khazanah-khazanah warisan berharga tersebut, KHAZANAH FATHANIYAH juga berperanan menerbit dan mengedarkan karya-karya yang dikarang mahupun ditransliterasi oleh beliau sendiri, yang banyak berkisar mengenai pemikiran-pemikiran klasik, tokoh-tokoh ulama silam serta karya-karya mereka.

Hampir keseluruhan karya-karya Ulama Silam Dunia Melayu menjadi koleksi KHAZANAH FATHANIYAH yang berupa bahan-bahan asli terdiri dari manuskrip kitab, surat, gambar, catatan dan lain-lain dari pelbagai bidang ilmu seperti Ilmu Fiqh, ‘Aqidah, Ilmu Hadith, Ilmu Tasawuf dan Tariqat, Terjemahan al-Qur’an, Ilmu Tajwid, Ilmu Nahwu dan Saraf, Ilmu Balaghah, Ilmu Thib (Perubatan), Ilmu Hisab dan Falak, Ilmu Bahasa dan Sejarah, dan lain-lain lagi.”

You may also like

Recently viewed