Taman Pustaka

Kitab Keris Hang Tuah: 6 Manuskrip Melayu

$24

Author: Tengku Ahmad Ridhaudin

Pages: 166

Type: Paperback 

Kitab Keris Hang Tuah adalah rumusan kepada 301 tanda-tanda dan ciri-ciri pada bilah keris Melayu yang diwarnai dengan corak pamor atau pama seperti tercatat di dalam 5 manuskrip Melayu yang dikaji dan 1 catatan Newbols 1939z. 

Kitab ini dinamakan Kitab Keris Hang Tuah kerana nilai tertinggi bagi sebilah keris yang tercatat di dalam manuskrip-manuskrip Melayu yang dikaji ialah Keris Hang Tuah yang dinilaikan sebuah negeri harganya. Malah ilmu Hang Tuah yang ternyata lebih tinggi di dalam hal perkerisan yang disebut-sebutkan oleh pengarang-pengarang lima (5) manuskrip Melayu ini.

 

Daripada Lima (5) manuskrip tersebut, terdapat tujuh puluh empat (74) jenis keris yang dinyatakan dan dua ratus empat puluh satu (241) jenis / corak pamur yang disebutkan. 

 

Antara jenis keris yang popular ialah keris sepokal/ sapukal, keris charita / cerita, dan keris sempana. Ada juga keris penimbul / penimbal dan keris panjang. Menariknya keris popular Parung Sari dan Taming Sari termasuk di dalam kategori keris charita. 


Perkara yang menarik perhatian ialah, lima manuskrip yang berlainan ini mencatatkan tentang keris Hang Tuah, Keris Hang Jebat. Manakala istilah taming sari, parung sari, adalah pelengkap kepada keris-keris tersebut

You may also like

Recently viewed