Akademi Jawi Malaysia

Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu Edisi Terkini

$43

Author: Harun Mat Piah

Pages: 440

Type: Paperback 

Kitab ini mengandungi pelbagai pembicaraan mengenai perubatan Melayu tradisional, dipetik dan disunting daripada 10 naskhah warisan Melayu dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu, karya ini juga mengambil kira teks-teks lain (sekitar 40 naskhah) dalam koleksi yang sama dan lain-lain koleksi dunia, Leiden, London, Acheh, Jakarta, Sri Lanka dan Brunei Darussalam.

Suntingan edisi dibuat secara ilmiah, menurut disiplin ilmu filologi dengan diberi catatan, glosari dan indeks yang membantu pemahaman pembaca. Karya ini dikemukakan sebagai sebuah karya ilmu dalam rangkuman ilmu atau epistemologi Melayu; iaitu ilmu perubatan, selain ilmu bintang, ilmu ramalan dan penujuman, ilmu tanaman, ilmu bahasa dan sastera, ilmu pertukangan, ilmu berahi dan lain-lain.

Perlu dibaca dan dibincangkan dalam konteks masa kini, khususnya dalam penggunaan pelbagai bahan, herba dan pengubatan pelbagai penyakit, baik dalam konteks kehidupan masa lalu, mahupun masa kini dan akan datang.

You may also like

Recently viewed