Penerbit UKM

Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

$21

Author: Farid Mat Zain et. al.

Pages: 334

Type: Paperback

Buku ini tampil membicarakan secara khusus mengenai ketokohan ulama Patani yang menjadi sebahagian daripada ulama Alam Melayu. Perbincangan menyentuh pelbagai sudut kehidupan iaitu riwayat hidup, pemikiran, sumbangan dan penglibatan ulama dalam masyarakat. Antara tema-tema yang terpilih termasuklah pembentukan ulama Patani daripada perspektif sejarah; pengajian akidah, hadith dan tasawuf perundangan Islam; pemikiran, dakwah dan politik dan Bahasa dan kesusasteraan. Penulisan yang dimuatkan dalam buku ini dihasilkan dari sudut pandang peneliti yang banyak membuat kajian terhadap ulama Patani yang terdiri daripada peneliti Patani sendiri juga di luar Patani. Mudah-mudahan ketokohan dan kehebatan ulama-ulama silam Patani, sama ada untuk diketahui oleh masyarakat dunia Melayu mahupun dunia antarabangsa yang lain akan terserlah. Semoga dengan terlahirnya buku ini akan menambahkan lagi kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan ulama.

 

You may also like

Recently viewed