Akademi Jawi Malaysia

Hamzah Dalam Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi

$18

Author: Muhammad Syukri Rosli, Muhammad Amir Ashraf Rosdin

Pages: 116

Type: Paperback

Bermula abad ke-20, istilah "Bahasa Jawi" tidak lagi digunakan, sebaliknya, istilah yang semakin lekat digunakan pada lisan dan siaran ialah "Tulisan Jawi". Hingga sa'at ini, wacana-wacana dan penerbitan-penerbitan Jawi masa kini hanya menumpukan kepada faham "Tulisan" Jawi itu semata-mata. Kandungan wacana dan penerbitan "Tulisan Jawi" hanya terhad kepada perbicaraan eja-mengeja dan salah-betulnya sahaja.

Lebih malang, kandungan perbicaraan eja-mengeja ini pula dibina berdasarkan kerangka fikir baharu yang tercabut daripada akar tradisi ke'ilmuan Bahasa Jawi. Bahana daripada cara fikir "Tulisan" Jawi itu ialah ia tidak lagi menepati kerangka tradisi ke ilmuannya, bahkan tersilap pula menggunakan cara dan kerangka fikir tulisan Rumi dalam menggubal hukum hakam penggunaannya.

Shahdan risalah ini dipadatkan kepada satu huruf istimewa dalam tradisi ke'ilmuan Bahasa Jawi -iaitulah huruf Hamzah (ء)- supaya Jawi dapat diperhatikan dalam kerangka perbahathan bahasa yang padu, jitu dan menyeluruh. Istimewanya, risalah ini menggunakan sumber-sumber naskhah tangan (manuskrip) dan kitab bahasa daripada tradisi ke'ilmuannya sendiri; bahkan digalurkan dengan kerangka fikir yang tepat dengan lagak dan kacak tradisi ke'ilmuan bahasanya yang sejati dan sejadi.

You may also like

Recently viewed