Areca Books

Suami Isteri Naik Haji : Kembara Raja Shahabuddin Dan Rahmah 1939-1940

$35

AuthorAbdur-Razzaq Lubis

Type: Paperback

Pages

Raja Shahabuddin dan isterinya Rahmah naik haji dari Malaya pada 1939-1940. 'Peperangan Besar Eropah' baru sahaja meledak di dunia atas angin sembari 'U-boats' (kapal selam Jerman) menjadi jerung yang bermaharajalela di alutan lepas. Pasangan suami isteri tersebut bertarung nyawa meredah samudera dan sekujur tanah gurun untuk mencukupkan rukun Islam yang kelima, biarpun syarak mengizinkan keuzuran mengambil kira laluan yang tidak aman dan membahayakan jiwa raga.

Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah (1884-1968) menjadi saksi mata kebrengsekan nasionalisme Arab, kewujudan 'pasar budak' memperdagangkan gadis perawan dan kanak-kanak kaum kerabat Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, di kota-kota kudus umat Islam.

You may also like

Recently viewed