
Akademi Jawi Malaysia
Panduan Hidup: Kumpulan Sha‘ir, Saja‘ dan Pantun.
Author: Ahmad Adnan Bin Muhammad Samman
Pages:
Type: Paperback
Buku ini merupakan himpunan sha‘ir, pantun, puisi dan kata-kata hikmah karangan Tuan Guru Ahmad Adnan bin Haji Muhammad Samman Kati. Himpunan ini asalnya terdiri daripada 3 buah karya berasingan yang disatukan di bawah satu judul, iaitu: Panduan Hidup; Pedoman Kehidupan; dan Panduan Kehidupan. Ketiga-tiga karya ini adalah hasil suratan tangan tuan guru sendiri dalam Jawi Tradisi, yang kemudiannya dirumikan supaya sesuai dengan tuntutan angkatan baharu kini.
Istimewa karya ini turut memuatkan riwayat hidup pengarang yang disusun sendiri olehnya. Beliau telah mengarang beberapa buah kitab agama sepanjang berkhidmat sebagai guru agama di negeri Perak. Beliau juga sangat meminati bidang pengarangan sha‘ir dan puisi, dan telah menerbitkan beberapa hasil karyanya dalam Majalah Mutiara dan Majalah Dian dengan memakai nama pena Kelana MS.