Ma’ahad al-Aliy lil Dirasaat al-Islamiah wa al-‘Arabiyah

Mausu'ah Fiqh as-Siyam

$28

موسوعة فقه الصيام

Author: Abu Qutaibah Rashidi Bin Abdul Rahman al-Fathani

Pages: 327

Type: Hardback

Kitab ini menjelaskan dengan terperinci aspek-aspek puasa. Dikarang oleh ulama dari Fathani, Baba Qutaibah Rashidi bin Abdul Rahman al-Fathani. Berkenaan beliau:

Dilahirkan pada tahun 1970M dipondok Separah Jaha Jala, menerima pendidikan awal daripada ayahandanya TG Abdul Rahman bin Wan Nwang Takih. Kemudian sambung belajar pula dipondok Katung daripada TG Hj Muhammad Ramli Katung (menantu Tok Dala) dan TG Hj. Abdul Basit Katung qadhi syari' daruri majlis Islam Wilayah Jala pada tahun 1988M hingga 1991M.

Kemudian beliau sambung belajar di Pondok Bendang Badam daripada TG al-'allamah Syeikh Abdullah bin Idris Sarah al-Jarumi pada tahun 1992M hingga 2000M. Kemudian pula, meneruskan pengajiannya di Hadramaut daripada al-Habib Hassan as-Syatiri, dan Habib Umar. Pada tahun itu juga, meneruskan pengajiannya diperingkat jamiyyah iaitu Jamiyyah al-Iman di Sanaa', Yaman.

Pada tahun 2001M beliau meneruskan pengajiannya di Damsyik dengan mendapat ijazah Kuliah Dakwah Islamiah (BA) bahagian al-Dirasati Islamiyyah wa al-lughatul 'Arabiyyah pada tahun 2005M. Setelah itu pula, diperingkat al-Dirasati 'Alliy (MA) di Kuliah al-Imam Auzai' li al-Dirasati Islamiyyah-furu' di Damsyik pada tahun 2008 Baba Qutaibah berkhidmat di pondok bapa mertuanya di Bendang Badam. Pada tahun 2009, bertugas sebagai guru di pondok muridnya Ripik Pasir Emas Kelantan. Beliau menta'siskan maahad beliau sendiri ipada tahun 2011 dan diberi nama -- Maahad al-'aliy lil al-Dirasati Islamiyyah wa al-'Arabiyyah di pondok Tepus Jaring Fathani.

 

You may also like

Recently viewed