
Akademi Pemikiran Turath
Amalan Selawat - Dalail al-Khairat
Author: Muhammad Sulaiman Al-Jazuli
Pages: 101
Kitab Dalail al-Khairat adalah kitab telah dikarang oleh al-Imam al-Juzuli bagi menghimpunkan selawat yang masyhur daripada hadis-hadis Nabi, para sahabat, pada para awliya, terutamanya lafaz-lafaz selawat yang telah dikatakan kelebihannya menyamai 100,000, atau 50,000, atau 10,000 ganda selawat dan begitulah.
Ramai dikalangan para ulama dan awliya berlumba-lumba untuk menghuraikan selawat-selawat yang tersebut dalam kitab yang berkat ini. Antaranya adalah al-Imam Muhammad al-Mahdi al-Fasi (w 1052 H) dalam kitabnya yang berjudul: Matha li` al-Masarrat Sharh Dala'il al-Khairat.
Kitab Selawat ini telah tersebar secara meluas sehingga manuskrip yang telah dijumpai seluruh alam mencapai 20 juta nuskhah. Dengan ini ia diiktiraf sebagai manuskrip kedua yang paling luas sebarannya di dunia selepas al-Quran