
Biblio Press
Angkuh & Prasangka
Author: Jane Austen, Irni Faznita Farid
Pages: 606
Type: Paperback
"Sejak awal lagi, keangkuhanmu, kesombonganmu dan penghinaan egois kamu terhadap perasaan orang lain, menjadi landasan kebencianku kepadamu. Belum cukup sebulan aku mengenalimu, aku merasakan bahawa kamu lelaki terakhir di dunia yang boleh aku kahwini." - Elizabeth Benneth
Siapa Darcy di mata seorang Lizzy? Lelaki angkuh, sombong, mewah tetapi megah. Meski berpicing mata, Elizabeth tahu Darcy sama sekali tidak mempesona. Elizabeth benci akan cara Darcy memandang dunia sekelilingnya; merendah-rendahkan, bicaranya meremehkan, sesuai sekali dengan darjatnya sebagai bangsawan. Api kebencian Elizabeth kian marak, apabila mendapat tahu, Darcy pernah melakukan sesuatu perkara yang menurutnya, tidak boleh dimaafkan.
Ada sisi lain pada diri Darcy, tetapi Elizabeth mengambil masa yang lama untuk memahami, dan menerima kebaikan yang tersembunyi. Mampukah Elizabeth menebus prasangkanya terhadap keangkuhan Darcy selama ini? Akankah tumbuh cinta yang sia-sia atau sesuatu yang bererti?
Dalam Angkuh & Prasangka, Jane Austen menumpahkan citra yang memikat tentang hubungan cinta kaum menengah atas Inggeris pada abad ke-19. Dengan watak yang memukau dan jalan cerita yang mempesona pembaca, tidak hairanlah novel ini kekal relevan sepanjang zaman.