UPM Press
Balaghah Melayu Berdasarkan Balaghah Arab: Satu Pengenalan Dalam Ilmu Ma’ani
$10
Author: Mohd Zaki Abd. Rahman, Che Radiah Mezah
Type: Paperback
Pages: 45
Buku ini membincangkan aspek ilmu ma’ani dalam bahasa Melayu yang diterapkan daripada balaghah bahasa Arab. Ilmu ma’ani (atau boleh diterjemahkan sebagai ilmu makna) yang merupakan salah satu daripada tiga cabang perbahasan ilmu balaghah Arab, menekankan kepada penggunaan ayat yang membawa makna tepat sepertimana yang dimaksudkan oleh seseorang penutur serta mengandungi mesej yang meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar. Walaupun tidak semua aspek ilmu ma’ani bahasa Arab diaplikasikan ke bahasa Melayu, namun didapati banyak aspek yang mempunyai persamaan yang dengan sendirinya menggambarkan bahasa Melayu juga mempunyai ciri-ciri balaghah yang tinggi.