Akademi Jawi Malaysia

Bidayat Al-Tawhid

$14

AuthorHaji Muhammad Samman Kati

Pages: 49

Type: Paperback

“Maka inilah satu risālah yang paling kecil dan singkat bicaranya pada ‘ilmu Uṣūl al-Dīn yang hamba susunkan untuk jadi permulaan bagi kanak-kanak bangsa hamba yang hendak masuk ke medan ‘ilmu ini. Mudah-mudahan dengan permulaan yang singkat ini, dapatlah tertanam ke dalam ṣanūbarī kanak-kanak itu īmān dan Islām yang sebenar. Kerana dengan secara ini senang bagi mereka mengḥafaẓnya, dengan demikian apakala mereka mendengar guru-guru yang besar-besar bersharaḥ tentang ‘ilmu Tawḥīd dan mereka faham sedikit sebanyak dipohonkan. Allāh jualah yang berkuasa memberi pertunjuk kepada Muslimīn Muslimāt ke jalan yang betul.”

Tuan Guru Ḥāji Muḥammad Sammān Kati (1922-1995) ialah seorang ‘alim yang terkemuka dari negeri Perak. Beliau pernah menuntut dengan sejumlah ‘ulama mashhur seperti Shaykh ‘Abd al-Qādir bin ‘Abd al-Muṭṭalib al-Mandīlī, Shaykh Ḥasan Muḥammad Mashāṭ, Shaykh Muḥammad Yāsīn al-Fādānī dan Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim. Beliau juga telah menjawat jawatan sebagai mudir bagi Madrasah Nūr al-Kamāliyyah, Kampung Kati, Kuala Kangsar, serta pernah menjadi guru agama kepada Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah. Bidāyat al-Tawḥīd ialah karangan beliau yang ketiga diterbitkan oleh Akademi Jawi Malaysia, setelah Kitāb Taṣawwuf (2018) dan Masā’il al-Tawḥīd (2020). 

 

You may also like

Recently viewed