DBP

Sejarah Johor

$19

Author: Buyong Adil

Pages: 424

Type: Paperback

Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai  guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.

Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan perhatian sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia. Buku Sejarah Johor ini ialah satu daripada karangannya yang menceritakan asal-usul orang Johor, adat-istiadat, salasilah raja-raja, pentadbiran dan perang saudara di negeri Johor.

Buku-buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah siri ini ialah Sejarah Perlis, Sejarah Kedah, Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Sejarah Melaka, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu, Sejarah Sabah dan Sejarah Sarawak.

 

You may also like

Recently viewed