Penerbit UKM
Hadis Maqbul dan Mardud dalam Kitab Hidayat Al-Salikin
Author: Akhmad Sagir, Azwira Abdul Aziz & Muhammad Hasan Said Iderus
Pages: 324
Buku ini memuatkan tentang status hadis yang ada dalam Kitab Hidayat al-Salikin karya Syeikh Abdus Samad al-Palembani serta nukilan tambahan daripada Shamsuddin Siddiq. Perbahasan dibuat untuk mengetahui status hadis sebagai bahan rujukan beramalan. Hadis yang terdapat dalam Kitab Hidayat al-Salikin akan nampak maqbul atau mardud ketika diketahui hasil atau hukum secara kualiti sahih, hasan dan da'if.
Buku ini mengandungi enam bab mengikut topik yang merangkumi hadis Rasulullah SAW, mengenal matan dan sanad hadis, biografi Syeikh Abdus Samad al-Palembani, Kitab Hidayat al-Salikin, status Hadis dalam Kitab Hidayat al-Salikin. Justeru, penerbitan buku ini merupakan wahana bagi memartabatkan Kitab Hidayat al-Salikin dalam kalangan umat Islam, khususnya di Nusantara agar dapat terhindar daripada mengamalkan hadis yang tidak bersumber daripada yang sebenar serta membuka wawasan semua pihak untuk dapat bertoleransi kepada orang lain dalam hal yang terjadi khilaf.