Bilik Penyair

Halaman Kampung

$10

Author: Karim Mohd

Type: Paperback

Page: 80 halaman

__________

"lidah bayang memanjang

rumput bangun menggeliatkan badan

cacing di bawah tanah menggelepar halus

kulat di bawah rumah bergetar timbul dari

liang-liang pada kulit bumi

 

malam tadi seawan kelekatu

menyambar cahaya pelita

di tangga rumah kami"

Kumpulan puisi kedua Karim Mohd selepas Nokturna (2018).

"Tidaklah semua sajak dalam kumpulan ini menyuratkan suasana kampung secara jelas tetapi bolehlah dikatakan segala yang terpapar di sini hanya dapat terlahir daripada pengalaman dan penghidupan di kampung halaman. Di antara lakaran-lakaran suasana serba sederhana di sini, terselit jua kengerian terhadap “mimpi siang” yang tentunya lebih mengerikan berbanding “mimpi malam”.

—petikan daripada "Prakata", Halaman Kampung (2026)

You may also like

Recently viewed