Nurul Anwar Bookstore

Islam dan Sekularisme (Kulit lembut)

$24

Author: Syed Muhammad Naquib Al Attas

TranslatorKhalif Muammar A. Harris

Pages: 236

Type: Paperback

Islam dan Sekularisme karya Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincang dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang menggagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah apabila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategik mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islam sedunia... Kerap kali saya tegaskan bahawa tilikan dan perjuangan pembaharuan keilmuan Islam al-Attas bersifat pergerakan teguh (dynamic stabilism) berbanding golongan modernis dan pasca-modernis yang giat bergerak merubah setiap perkara yang dianggap berlawanan dengan tuntutan masa kini yang kini dipacu oleh aliran sekularisasi. Selepas hampir satu kurun gerakan ini telah menimbulkan banyak perubahan tapi tidak juga berjaya memajukan umat setanding dengan Barat. Pergerakan teguh juga berbeza dengan gerakan tradisionalis dan konservatif yang gigih mempertahankan segala pemikiran dan institusi warisan tanpa mengambil-kira keperluan perubahan yang sah sehingga menimbulkan kejumudan yang merugikan. Pemikiran al-Attas meneguhkan kembali pandangan alam Islam yang disepakati para leluhur agung sekian lama, serta mengukuhkan keyakinan kepada struktur dan dasar akhlak dan perundangannya dalam menghadapi cabaran-cabaran masa kini. Ini dilakukan dengan penuh wibawa keilmuan, tegas dan berdaya cipta dengan memahami unsur-unsur kekal (al-Thawābit) dan berubah (al-mutaghayyirāt) dalam tradisi Islam dan dalam tradisi moden, dan berani bertindak sepatutnya mengikuti darjatnya masing-masing.

You may also like

Recently viewed