Jejak Tarbiah
Kawin-kawin
Author: Azizi Hj Abdullah
Type: Paperback
Pages:
“Macam mana kalau aku kahwin?” “Yalah, perempuan mana?” “Mas Umm!” Betapa Malang. Sakitnya kahwin tak jadi, seksanya kahwin tak merasa. Namun lebih pedih lagi apabila kahwin hanyalah permainan kuasa. Di daerah Malang, perkahwinan bukan penyatuan hati, tetapi sebuah kontrak penuh muslihat. Malang ghairah mahu memiliki Mas Umm melalui nikah mutaah — perkahwinan kontrak yang berpandukan Kitab Arraya karangan Syaikh Dr. Demo dan restu para agamawan penunggang. Namun, adakah ini benar-benar tentang cinta, atau sekadar kepentingan peribadi? Pemenang Hadiah Sako II, Kawin-kawin adalah sebuah satira politik yang pedas, sinis dan lucu. Bukan sekadar naskhah tentang pelamin, tetapi cermin yang memantulkan wajah politik tanah air yang kekal relevan merentas zaman.
