Nurul Anwar Bookstore
Kemelut Sastera Melayu Moden
Author: Mohd. Affandi Hassan
Pages:
Type: Paperback
Buku ini mengandungi sembilan bab yang mengupas secara kritis tentang kemelut yang melanda sastera Melayu moden. Antara yang dibincangkan ialah perubahan aliran persuratan kepada kesusasteraan dan kesannya kepada tamadun Melayu, serta penganugerahan Sasterawan Negara. Selain itu, buku ini turut berusaha memberi jalan keluar kepada nilai pemikiran dan intelektual yang sering diketepikan dalam karya sastera. Buku ini juga membahas secara ringkas budaya pandirisme yang masih wujud dalam sastera Melayu moden.
Mohd. Affandi Hassan dilahirkan di Pasir Mas, Salor, Kelantan Darul Naim. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, sebelum melanjutkan pelajaran di Penang Free School, Universiti Malaya dan University of Essex. Beliau memulakan kegiatan penulisannya sejak di bangku sekolah. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 100 karya pelbagai genre termasuklah buku dan esei kritikan, serta karya kreatif. Beliau terkenal dengan Gagasan Persuratan Baru, iaitu satu gagasan sastera yang berusaha mengembalikan tradisi keilmuan Islam dalam kegiatan sastera Melayu masa kini.





