Unggun Creative
Kes #1: Misteri Aksara Hieroglif (2026)
Author: Hassan Hasaa’ree Ali
Pages: 64
Type: Paperback
Singapura, 1880-an. Di bawah bayang-bayang kapal blim raksasa yang membelah ruang udara Sungai Singapura, Konstabel Jamal Aswad sedar bahawa keamanan kolonial hanyalah satu fatamorgana. Apabila seorang saudagar Inggeris, Henry Parkinson, hilang tanpa kesan, pihak atasan hanya menganggapnya sebagai kes biasa.
Namun, Jamal melihat apa yang orang lain terlepas pandang, iaitu simbol-simbol pelik yang diukir pada kulit pohon. Bagi Sarjan Mortimer Reed, ia hanyalah contengan kutu rayau. Bagi Jamal, ia merupakan aksara hieroglif, suatu bahasa rahsia gelandangan yang menyimpan kunci sebuah konspirasi gelap di bawah tanah Tanjong Pagar.
Tersepit antara tugasnya sebagai seorang pegawai polis dengan kisah silamnya sebagai anak lanun, Jamal harus menyusup masuk ke dalam 'Tristram', iaitu sebuah labirin bawah tanah yang tidak pernah muncul di dalam peta rasmi pemerintahan British.
